BAHAN-BAHAN:
800 gm daging kambing – bahagian bahu kambing
4 biji kentang – kupas, belah 4 dan rendam
2 biji tomato – belah 3 setiap satu
1 keping asam gelugur
1 kg santan
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar ketumbar serbuk
Daun ketumbar secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS :
3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
3 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MENYEDIAKAN:
- Daging kambing, dipotong pada saiz yang anda suka, cuci dan gaul dengan tepung gandum, perap 15 minit, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari, serbuk ketumbar dengan bahan kisar halus, kacau rata.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masuk cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah dan bahan kisar tadi. Masak hingga garing dan terbit minyak.
- Masukkan daging kambing, daun ketumbar, gaul rata dan serap. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk. Masuk kentang dan jika perlu, tambah air. Kacau dan masak hingga kentang empuk.
- Tuang pati santan, masuk asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Akhir sekali tambah tomato dan masak sekejap.
- Setelah masak, matikan api dan hidangkan bersama Jewel Mak Jah.