BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras basmathi
5 cawan air stok ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil daun pasli (cincang)
5 helai koma-koma
1 sudu kecil serbuk kari
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar
20 ekor udang besar
2 ekor ketam
4 ekor sotong sederhana besar
15 ekor kupang
350 gm cendawan segar – dihiris
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada benggala merah
1/4 cawan kacang pis hijau
1 biji lemon
 CARA MENYEDIAKAN:
- Basuh beras dan keringkan.
- Masak nasi menggunakan kuali yang agak besar. Masak nasi di dalam kuali.
- Didihkan stok ayam, kemudian perlahan kan api dan biarkan reneh dengan api perlahan.
- Kisar halus bawang putih, daun pasli, serbuk kari, koma-koma, garam, lada hitam dan 1/2 cawan stok ayam.
- Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan lada benggala hijau dan merah. Masukkan semua makanan laut (kecuali kupang) lebih kurang 10 minit. Masukkan bahan yang dikisar.
- Masukkan beras, stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga beras agak lembut (15 minit).
- Masukkan cendawan dan kupang, biarkan mendidih lagi lebih kurang 10 minit. Tutup dengan daun pisang dan aluminium foil.
- Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak. Hidangkan dengan lemon.