RENDANG HATI PEDAL AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm hati dan pedal ayam – bersihkan dan direbus sedikit bersama halia dan bawang putih untuk hilangkan hanyir

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

3 cm halia

4 biji buah keras

15 tangkai cili kering

1 cm kunyit hidup

Garam secukup rasa

½ sudu besar gula merah

200 gm kerisik

Air asam jawa secukup rasa

1 kg santan

2 batang serai – titik

Daun kunyit atau daun limau purut

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar bawang besar,bawang putih, halia, buah keras, cili kering dan kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan yang dikisar terus ke dalam kuali dan dimasak hingga naik bau. Masukkan serai, garam,air asam jawa, gula.
  3. Masukkan hati dan pedal yang telah direbus berserta santan.
  4. Apabila semua sudah sebati, masukkan kerisik. Gaul rata.
  5. Potong halus daun kunyit atau daun limau purut.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan