Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
“WARISAN, KINI SELAMANYA”, BUFET RAMADAN THE EVERLY PUTRAJAYA

“WARISAN, KINI SELAMANYA”, BUFET RAMADAN THE EVERLY PUTRAJAYA

Saji Online

Menjelang bulan Ramadan, aktiviti berbuka puasa bersama keluarga, sanak saudara dan rakan adalah perkara yang sering dinantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Namun, bagi yang tidak berkesempatan berbuka di rumah atau di kampung halaman pada tahun ini tidak perlu risau kerana The Everly Putrajaya telah memilih tema “Warisan, Kini selamanya” yang pastinya akan membawa anda “pulang” ke kampung halaman untuk berbuka bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

Tandakan kalendar anda di antara 29 Mei dan 22 Jun kerana Fuze Restaurant, The Everly Putrajaya amat mengalu-alukan “kepulangan” anda untuk berbuka bersama.

Antara menu istimewa yang disediakan buat para pengunjung di sepanjang Bufet Ramadan tahun inj adalah kambing Sup Tulang, Gearbox, Ekor Utara; Nasi Ambeng Ayam Tempayan; shawarma; pelbagai buah-buahan tempatan dan banyak lagi. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak hotel juga menggunakan konsep gerai/warung, di mana setiap gerai menghidangkan pelbagai jenis masakan dan juadah tradisi 1 Malaysia.

Uniknya gerai yang terdapat di The Everly Putrajaya adalah di mana terdapat gerai yang menghidangkan “sayur campur panas” dan juga “crepe dan pancake”. Para pengunjung boleh memilih jenis sayuran yang diingini dan  chef akan memasak secara ‘live’ di depan pengunjung. Ibadah juga dapat dilakukan dengan lebih selesa dan bersih di surau khas yang disediakan.

Jadi apa tunggu lagi, marilah bersama-sama menikmati dan merasai hidangan tradisi berbilang bangsa yang pastinya akan menambat deria rasa anda. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, The Everly Putrajaya menawarkan promosi istimewa bermula pada 29 Mei hingga 2 Jun 2017 iaitu dengan harga RM78 bersih untuk dewasa.

Manakala, pada 2 Jun 2017 dan seterusnya, harga bufet adalah RM98 bersih seorang. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, 03-88922921/03- 88922929/018-2231310 atau emel norazzah.omar@theeverlygroup.com.

Previous
Next