BAHAN
1 ekor itik salai – potong 16
30 tangkai cili padi kampung
4 cm kunyit hidup
5 batang serai – kisar
5 batang serai – titik
1 biji kelapa – buat kerisik
2 kg santan
Pucuk maman secukupnya
Sedikit gula dan garam
CARA
- Kisar kunyit, cili padi dan serai.
- Masukkan ke dalam periuk bersama itik, serai yang dititik dan santan. Kemudian masak di atas api yang kecil.
- Apabila kuah semakin kurang, masukkan kerisik dan kacau lagi. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa, kacau selalu.
- Apabila semakin kering barulah masukkan pucuk maman yang telah dibersihkan. Setelah sebati, angkat dan hidangkan.
