BAHAN

½ kg kulit lembu/jangek – rebus dan salai

1 biji bacang muda – hiris panjang

1 biji kelapa – ambil santan

20 tangkai cili padi kampung

2 batang serai – titik

2 cm kunyit hidup

Sedikit garam

 

CARA

  1. Tumbuk atau kisar kunyit hidup bersama cili padi hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan. Masak di atas api yang sederhana.
  3. Masukkan kulit lembu dan bacang. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Kacau sehingga mendidih di atas api yang kecil. Terus kacau sehingga gulai pekat.