KERABU AYAM PAKU PERAK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 ketul dada ayam – goreng dengan  sedikit minyak

1 ikat paku perak – celur

2 sudu kecil jus limau nipis

Sedikit garam dan gula

 

BAHAN KISAR

2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

6 tangkai cili padi

2 sudu besar kerisik

1 sudu kecil belacan

 

CARA

  1. Satukan ke semua bahan dan gaul rata.
  2. Masukkan dada ayam yang telah digoreng.
  3. Kemudian gaulkan dengan paku perak yang telah dicelur.
  4. Rasakan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan gaul rata.

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan