BAHAN
4 biji telur itik
20 tangkai cili padi – kisar
½ kg santan
2 cm kunyit hidup – kisar
2 batang serai
Sedikit garam
Pegaga secukupnya
CARA
- Satukan santan, serai, cili padi dan kunyit hidup di dalam periuk. Masakkan di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
- Kemudian kecilkan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Biarkan telur tiga suku masak sahaja.
- Setelah itu, masukkan pegaga secukupnya, kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa. Padamkan api dan hidangkan.