BAHAN
1 biji betik muda – hiris panjang
20 tangkai cili padi – tumbuk halus
20 gm ikan bilis
2 sudu besar tempoyak – bancuh dengan sedikit air
3 labu bawang besar – hiris
Sedikit garam
CARA
- Ikan bilis digoreng setengah garing.
- Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar. Kacau sebati.
- Masukkan pula, betik muda, goreng hingga separuh layu dan lalu masukkan tempoyak serta garam secukup rasa. Goreng hingga kering.