Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Saji Sukses
  • REZEKI BISNES KEROPOK

REZEKI BISNES KEROPOK

Article

Melalui peristiwa hitam ditipu oleh rakan kongsi lebih RM50 000 ketika mengusahakan perniagaan kosmetik beberapa tahun yang lalu membuatkan Wan Suziati Wan Aziz, 34 kini lebih berhati-hati. Namun tiada siapa yang menyangka kini, dia bangkit dari kegagalan lalu dengan mengusahakan perniagaan keropok.

Tidak pernah mengenal erti putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Wan Su bukan asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.

“Hidup saya ketika itu memang susah, setelah bercerai dengan suami beberapa tahun lalu. Saya nekad ingin jalankan perniagaan kosmetik kerana saya memang minat berniaga. Tetapi kerana terlalu percayakan kawan saya pula yang di tipu.

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

“Saya bernasib baik kerana saya di kelilingi oleh kawan-kawan yang sentiasa ada di dalam susah dan senang. Selepas itu, seorang kawan datang bertanyakan sama ada saya berminat ke tidak untuk membuat bisnes keropok.  Tanpa berfikir panjang saya bersetuju.

“Selama dua bulan setiap hari saya belajar proses membuat keropok dari awal hinggalah akhir. Di tengah panas menjemur keropok keping satu pengalaman baru bagi saya,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

Produk keropok keping dan lekor yang dihasilkan sendiri dibantu lapan pekerja kini mempunyai pelanggan tetap dan dihantar ke hotel dan 20 warung di sekitar daerah ini setiap hari. Seawal 5.30 pagi ada pekerja yang akan menghantar keropok lekor ke warung untuk di jadikan sarapan pagi.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

BANGKIT SEMULA

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Wan Suziati untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Banggol Pauh di Kuala Terengganu pada 2014.

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

Dengan berbekalkan modal hampir RM50 000 dari sedikit simpanan sendiri dan pinjaman dari keluarga rapat yang mahu melihat nya berjaya. Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Keropok kering

Read moreKek Lapis Oren Yogurt

Keropok lekor vakum

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Wan Suziati berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan sehingga ke Johor, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur. Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dengan menghasilkan keropok kering, jejari, lekor, lekor keju termasuklah keropok sotong, udang dan bilis.

Read moreBAHANA KEK BAJET RM1.00

Penyediaan keropok lekor amat mudah, namun tanpa sukatan betul ia tidak akan menghasilkan rasa dan tekstur yang boleh memikat hati penggemarnya.

“Setiap hari sebanyak 200 kg keropok lekor di hasilkan dengan menggunakan ikan selayang yang akan menghasilkan keropok yang lebih sedap dan strukturnya lebih lembut berbanding jenis ikan yang lain. Di sini kita mempunyai pembekal tetap yang menghantar isi ikan sahaja. Kita menggunakan 70 peratus isi ikan segar untuk menjamin keenakan rasa keropok lekor.

Read moreKEK LAPIS KIWI PANDAN

“Kemudian isi ikan akan di proses dengan tepung sagu yang telah di ayak. Seterusnya melalui proses adunan, skop, gentel dan rebus selama 10 minit sahaja. Setelah itu, keropok perlu diangkat dan ditos selama 30 minit sebelum di vakum.

“Tujuan vakum ini untuk kita bekukan. Ini memberi kelebihan untuk mereka yang dalam perjalanan jauh supaya keropok lekor lebih tahan lama,” katanya yang turut berkongsi tip supaya merebus keropok lekor bervakum dengan plastiknya sekali ketika air sedang mendidih supaya air ikan dalam keropok tidak hilang.

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress