Kek Lapis Oren Yogurt

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN UNTUK SPAN KEK

250 gm tepung kek

4 biji telur

50 ml air

60 gm mentega – cairkan

Sedikit perisa oren

 

BAHAN KRIM OREN:

50 gm tepung Hoen Kwe kuning

1 sudu kecil serbuk agar-agar

¼ sudu kecil garam

130 gm gula kastor

2 sudu besar yogurt oren

1 sudu kecil perisa oren

200 ml santan

400 ml air

1 tin oren mandarin  (asingkan airnya)

Buah ceri merah (ikut suka)

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. UNTUK MEMBUAT KEK SPAN: Pukul tepung kek, telur dan air hingga gebu.
  2. Kemudian masukkan mentega cair dan perisa oren. Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan 8×8 dan bakar selama 20 minit pada suhu 170° Apabila kek sudah masak, sejukkan.
  4. Potong kek dan bahagikan kepada dua bahagian. Ketepikan.
  5. UNTUK MEMBUAT KRIM OREN: Satukan ke semua bahan kecuali buah oren. Masak adunan ini hingga hampir pekat.
  6. Sediakan bekas kek, ambil sepotong kek span sapukan krim oren di atasnya.
  7. Lapiskan dengan satu lagi lapisan kek di atasnya. Akhir sekali, hiaskan dengan buah oren dalam tin dan buah ceri. Biarkan sejuk dan sedia untuk dipotong.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan