BAHAN A:
180 gm gula kastor
2 biji telur
BAHAN B:
100 gm jem kiwi
300 gm tepung naik sendiri
BAHAN C:
1 biji epal hijau – potong dadu
1 biji kiwi – potong dadu
BAHAN D:
150 ml susu segar
90 gm mentega – cairkan
CARA MENYEDIAKAN
- Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.
- Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Kacau perlahan-lahan.
- Selepas itu, masukkan pula mentega cair, epal dan kiwi. Sebatikan adunan.
- Ambil mangkuk mufin, tuangkan setengah adunan tadi. Aturkan mangkuk mufin di atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Apabila mufin sudah sejuk, hiaskan dengan hirisan epal bersama jem kiwi serta buah ceri.