BAHAN-BAHAN
500 gm kek span hijau
BAHAN KRIM KIWI:
1 sudu kecil serbuk agar-agar
¼ sudu kecil garam
120 gm gula kastor
1 biji buah kiwi – kisar halus
150 ml santan kotak
450 ml air
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil pes pandan
CARA MENYEDIAKAN
- UNTUK MEMBUAT KRIM KIWI: Satukan ke semua bahan dan masak hingga pekat dan likat.
- Ambil kek span hijau, sapukan krim kiwi di atas kek.
- Hiaskan dengan potongan buah kiwi. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.