Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Hotel & Resort
  • HOTEL PERDANA KB EKSKLUSIF & LUXURY

HOTEL PERDANA KB EKSKLUSIF & LUXURY

Article

Satu berita baik bagi anda yang sedang mencari hotel di Kelantan sama ada untuk urusan kerja atau bercuti bersama keluarga. Hotel Perdana yang terletak di Jalan Mahmood,  Kota Baharu ini bertaraf 5 bintang menepati ciri-ciri hotel bagi anda yang mementingkan keselesaan dan kepuasan yang terbaik.

Hotel ini tampil dengan membawa imej baru dan identiti unik negeri Kelantan. Dibuka semula kepada awam pada bulan Ogos 2013, semua kemudahan termasuklah perabot, pelbagai fasiliti, bilik, katil, kolam dan pelbagai lagi ternyata memberi kelebihan. Oleh itu, keselesaannya memang sangat terjamin.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Di sini terdapat 272 bilik dan suite di dua sayap iaitu Classic Wing dan Executive Wing. Di mana Classic Wing menawarkan bilik Superior Classic, Deluxe Classic, Premier dan Deluxe Premier. Manakala Executive Wing pula terdapat Perdana Executive, Perdana Suite, Presidential Suite dan The Royal Suite.

 

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

Perdana Suite

The Royal Suite

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

JAMU SELERA

Bercuti di Kelantan jika tidak mencuba makanan tempatan seperti nasi kerabu memang tidak sah. Tidak perlu ke mana-mana untuk menikmati juadah tersebut. Restoran yang ada di hotel ini memang antara restoran yang terbaik dari segi masakan, menu dan layanan.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

Menu yang disajikan menggabungkan ‘western’ dan ‘local food’ pasti memberi anda kepuasan. Apatah lagi terdapat 5 buah restoran yang boleh anda nikmati seperti Cerana Cofee House, restoran utama yang menyediakan menu ‘western’ dan ‘local food’. Untuk masakan China-Thai bolehlah ke Jade Restaurant. Untuk yang ingin menjamu selera dengan pemandangan bandar di tingkat paling atas hotel boleh lah ke Eleven Restaurant.

Sementara anda menunggu untuk mendapatkan bilik anda boleh ke Rebab Cafe yang terletak di lobi cafe yang menyediakan hidangan teh, kopi dan kek. Manakala di Anjung Terrace, boleh menikmati minuman dan makanan ringan di tepi kolam ketika waktu petang. Melihat kepada menu dan juadah pasti membuka selera.

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

Di Hotel Perdana terdapat ballroom yang luas iaitu Dewan Bunga Emas yang boleh menempatkan 500 orang dalam satu-satu masa sesuai untuk majlis perkahwinan, keraian dan konvensyen. Selain itu terdapat 8 buah bilik sesuai untuk mesyuarat ataupun bengkel yang boleh menempatkan 30 hingga 100 orang.

Read moreKek Lapis Oren Yogurt

AKSES KE TEMPAT MENARIK

Jika menginap di hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV, Bazar Tok Guru dan Kelantan Trade Center (KTC). Walau bagaimanapun, anda masih perlu menaiki kenderaan untuk ke tempat utama pelancongan utama seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Muzium Kraftangan dan Wakaf Che Yeh kerana jaraknya lebih kurang 1 hingga 3KM.

Read moreBAHANA KEK BAJET RM1.00

PERSEKITARAN HOTEL SEGAR

Read moreKEK LAPIS KIWI PANDAN

Hotel ini tampil dengan reka bentuk bangunan yang unik dengan sentuhan gabungan moden dan klasik. Suasana di bahagian dalam juga sangat mengujakan dengan terdapatnya kolam mandi yang agak luas di tengah-tengah hotel.

Hotel Perdana sangat sesuai bagi anda yang mempunyai urusan kerja mahupun percutian bersama keluarga. Keselesaan dan kepuasan semasa berada di Kelantan semestinya terdapat di hotel ini. Tidak dinafikan lagi, Hotel Perdana adalah hotel terbaik di Kelantan dalam kategori hotel eksklusif dan ‘luxury’.

Read moreANEKA CITARASA DI BIDOR STATION KOPITIAM

 

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress