MENU GAYA ELEGEN DI 13 THIRTEEN STREET CAFÉ
ArticleTak mahu membuang masa dengan kata-kata. Wajib SAJI uar-uarkan café terbaharu di Shah Alam ini adalah lokasi wajib yang anda harus jengah selepas ini. Masih terbayang-bayang kelazatan Kek Coklat Oreo dan Vanilla Bean yang disajikan tempoh hari. Fuhhh, boleh angau dibuatnya. Setiap suapan terasa kemewahan salutan coklat memenuhi ruang pelusuk rasa. Manisnya dunia ketika itu. Menu wajib untuk dicuba.

Dan satu lagi kehebatan café hipster ala elegan ini adalah Special Waffle Ice Cream. Wow! Terpaku seketika saat hidangan tiba di depan mata. Cukup menawan dan ‘jelita’ sekali persembahannya. Terasa sayang untuk menjamah. Indah mata memandang, indah lagi kenikmatan merasainya. Kerangupan waffle digabungkan bersama aiskrim vanilla dan saduran coklat, terbaik.
Jika anda berkira-kira mahukan menu berat, apa kata mulakan dengan Grilled Chicken Chop. Harganya juga cukup munasabah, hanya RM12.90. Gabungkan ayam, kentang putar dan sos lada hitam bersama, memang nikmat oiii. Jika tidak pun, boleh mencuba Nasi Daging Air Asam, salah satu menu popular di sini.

Andai kata mahukan kemewahan, SAJI cadangkan anda pilih Combo BBQ Ribs & Lamb Shank. Saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang cukup berpatutan, hanya RM65.90. Bahagian luarnya dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupan pada setiap gigitan. Menu ini disajikan bersama spaghetti, kentang putar, salad dan sos lada hitam.

Café yang baru sahaja memulakan operasi pada 19 Februari 2016 ini menyajikan pelbagai jenis masakan demi memenuhi selera pelanggan. Punya empat bahagian menu iaitu, masakan tempatan, ikan bakar, masakan barat dan pencuci mulut, tidak hairanlah jika 13 Thirteen Street Café sentiasa fullhouse walau tanpa sebarang promosi.

Tidak mahu hanya menyasarkan golongan muda remaja, menurut pemilik, Fauziah Din, café ini cukup sesuai untuk semua kategori usia. Setiap menu disediakan khas mengikut peringkat umur.
“Kami tidak mahu terlalu terhad kepada beberapa jenis menu sahaja. Dan sebab itu café ini menjadi pilihan keluarga. Mereka bebas memilih menu mengikut kesukaan dan bukan hanya terhad kepada jenis masakan tertentu. Dan sudah pasti, kami menjadi pilihan untuk mereka yang datang semata-mata untuk desert.”

FOTO : SHAHRIL AZMAN ZAIN
Archives
Calendar
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
Categories
- Advertorial
- Arkib Saji
- Ayam & Daging
- Berita Saji
- Biskut & Kek
- Dunia Kulinari
- Hotel & Resort
- Info, Tip & Petua
- Kuih Muih
- Makanan Laut
- Mi & Pasta
- Minuman
- Pembuka Selera
- Pencuci Mulut
- Resipi Saji
- Restoran & Kafe
- Roti & Pastri
- Saji Singgah
- Saji Sukses
- Sambal
- Santai
- Sayuran
- Step By Step
- Telur
- Uncategorized
- Video