BAHAN-BAHAN
4 biji telur gred
2 biji kuning telur
100 gm tepung superfine/gandum
60 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil ovalette
50 gm air sejuk
75 gm minyak/ mentega cair
Bahan krim
250 gm krim keju
½ cawan susu pekat
½ buku keju cedar
CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Sediakan loyang berukuran 9×9 inci dan griskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega atau minyak ke dalam bekas. Pukul sehingga putih gebu.
3. Setelah itu masukkan mentega atau minyak dan pukul sehingga rata.
4. Bakar selama 45minit. Biar ia sejuk.
5. Untuk bahan krim; Kacau krim keju dan susu pekat hingga sebati.
6. Setelah itu boleh disapukan kepada kek dan ditaburkan dengan keju cedar yang telah diparut.
7. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama dua jam sebelum dipotong.