BAHAN-BAHAN

6 keping keju

6 biji telur

250 ml susu segar

100gm mentega

100gm gula kastor

110gm tepung

1 sudu kecil esen vanila

 

Bahan krim

250 gm krim keju

50 gm gula kastor

100 gm mentega

Puri blueberi

Keju cedar

 

 CARA MENYEDIAKAN

  1. Koyak-koyakkan kepingan keju dan masukkan kedalam periuk bersama susu segar.
  2. Kacau sehingga keju cair dan baru masukkan mentega. Setelah sebati matikan api tidak perlu tunggu hingga mendidih.
  3. Asingkan putih dan kuning telur. Kemudian pukul putih telur dengan gula hingga putih/bertanduk.
  4. Kuning telur dan esen vanila dipukul (1-2 minit) dengan kelajuan sederhana di dalam bekas  yang lain.
  5. Masukkan campuran keju dan susu kemudian dikacau adunan dan kemudian dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
  6. Ambil satu pertiga  daripada adunan putih telur dan dengan menggunakan kaedah kaupbalik ke dalam adunan kuning telur. Campurkan sedikit demi sedikit baki adunan putih telur tadi sehingga semua sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah digris. Bakar menggunakan kaedah waterbath  pada suhu 160 C selama 50minit ke satu jam.
  8. Untuk bahan krim: Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang.
  9. Lapisan pertama disapu dengan krim dan puri  blueberi  dan dilapis dengan kek.
  10. Kemudian sapu atas kek dengan krim dan dihias dengan puri Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.