BAHAN-BAHAN

6 biji putih telur

300 gm gula kastor

1 ½ sudu kecil esen vanila

1 ½ sudu kecil cuka

1 sudu kecil tepung jagung

 

Bahan hiasan

Krim segar

Buah-buahan segar – Kiwi, strawberi, mangga

 

 CARA MENYEDIAKAN

  1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan esen vanila, tepung dan cuka.Terus pukul sehingga adunan halus.
  3. Ambil adunan dan letak di atas loyang mengikut bentuk yang diinginkan.
  4. Bakar pada suhu 140C selama satu jam atau sehingga bila dipegang adunan kering. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
  5. Hiaskan pavlova dengan krim segar yang telah dipukul dan hirisan buah-buahan segar.