BAHAN-BAHAN
150 gm mentega
90 gm gula
1 biji telur
250 gm tepung
½ sudu kecil esen vanila
Bahan Inti
125 gm air
65 gm gula
3 biji telur
50 gm susu
CARA MENYEDIAKAN
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila. Sebatikan.
- Masukkan tepung dan gaul sebati. Bentukkan mengikut acuan.
- Kemudian bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
- Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati.
- Tuangkan dalam pastrui dan bakar selama 20 minit lagi suhu 180 C.