BAHAN-BAHAN
6 keping keju
6 biji telur
250 ml susu segar
100 gm mentega
100 gm gula kastor
110 gm tepung
1 sudu kecil esen vanila
Bahan krim
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
Puri Mangga
Badam – bakar dan cincang
CARA MENYEDIAKAN
- Koyak-koyakkan kepingan keju dan masukkan kedalam periuk bersama susu segar.
- Kacau hingga keju cair dan masukkan mentega.Setelah sebati matikan api, tidak perlu tunggu hingga mendidih. Ketepikan.
- Asingkan putih dan kuning telur. Kemudian pukul putih telur dengan gula hingga gebu. Ketepikan.
- Kuning telur dan esen vanila dipukul selama dua minit dengan kelajuan sederhana di dalam bekas lain.
- Masukkan campuran keju dan susu (nombor 2). Kacau adunan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
- Ambil satu pertiga daripada adunan putih telur dan dengan menggunakan kaedah kaupbalik ke dalam adunan.
- Kaup lagi selebihnya adunan putih telur dan kaup sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah digriskan. Bakar menggunakan kaedah waterbath (loyang berlapis bekas berisi air)pada suhu 160 C selama 50 minit ke satu jam.
- Sementara itu sediakan bahan krim dengan memukul krim keju dan gula hingga kembang.
- Setelah kek masak, biarkan sejuk dan kemudian potong dua atau tiga lapis.
- Lapisan pertama disapu dengan krim dan puri mangga dan ditabur dengan badam. Kemudian tutup semua kek dengan krim dan dihias dengan puri mangga.
- Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.