BAHAN-BAHAN
1 paket kulit wantan
1 biji telur
150 gram isi ikan dori – dikisar
20 gram daun pasli – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan isi ikan dori, daun parsley, garam, serbuk lada hitam dan telur dalam bekas dan gaul sehingga sebati untuk menghasilkan inti.
- Letakkan inti di tengah-tengah kulit wantan. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.
- Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.