BAHAN-BAHAN:
1 tin tuna dalam air – toskan
1 biji telur
3 ulas bawang putih – dicincang halus
50 gram daun pasli– dicincang halus
½ labu bawang Holland – dipotong dadu
80 gram serbuk roti
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
- Kemudian ambil bahan yang telah digaul sebati tadi dan bentukkan menjadi beberapa patty burger mengikut saiz yang anda suka.
- Bakar atas kuali sehingga masak.
- Hidang di atas roti burger bersama sayur dan sos pilihan anda.