BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan dori
2 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar mentega
25 ml jus lemon
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan ikan dori kemudian taburkan sedikit garam dan lada hitam. Masak atas kuali leper sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk sos, didihkan jus lemon. Kemudian masukkan mentega dan bawang putih.
- Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa dan kacau sebati.
- Tuangkan sos di atas ikan dan sedia dihidangkan.