BAHAN-BAHAN:

4 cawan makaroni

1 tin tuna dalam air – toskan

100 gram brokoli – dipotong kecil

100 gram keju cheddar – diparut

1 biji telur

100ml susu sejat

Garam dan lada hitam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus makaroni dan toskan.
  2. Gaulkan makaroni bersama tuna, brokoli dan sedikit garam.
  3. Kemudian masukkan separuh bahan tadi ke dalam bekas dan tabur separuh keju yang diparut.
  4. Selepas itu masukkan baki bahan di atas lapisan pertama tadi. Tabur baki keju dibahagian atas.
  5. Akhir sekali, pukul telur bersama susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa. Tuang sama rata ke seluruh bekas.
  6. Bakar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.