Pasti anda gemar masukkan lebihan makanan atau sayur-sayuran ke dalam peti ais. Tetapi anda perlu tahu tidak semua jenis makanan atau sayuran boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Mungkin anda tidak mahu membazir tetapi makanan akan cepat rosak. Ternyata peti ais bukan tempat anda menyimpan semua baki makanan selepas dimasak.
- Bawang Merah
Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.
- Kopi
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.
- Minyak Zaitun
Anda akan dapati tekstur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.
- Daun Kemangi
Daun kemangi akan cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air supaya kekal segar.
- Madu
Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais.
- Bawang Putih
Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.
- Roti
Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.
- Avokado
Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.
- Kentang
Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan di dalam bekas di tempat kering di luar peti ais.
- Tomato
Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.