BAHAN-BAHAN:
1 batang timun jepun
3 batang kacang botor
1 tin tuna di dalam minyak zaitun
1 biji jus lemon
Sedikit garam dan lada
Sedikit daun ketumbar
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan timun dan kacang botor ke dalam mangkuk dan curahkan jus lemon. Gaul rata.
- Masukkan tuna berserta minyak dan tambahkan garam dan lada secukup rasa.
- Gaul agar bahan mesra dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.