BAHAN-BAHAN:

1 keping ikan dori – hiris sederhana nipis

2 cawan nasi

1 cawan susu segar

1 kiub ayam

1 helai daun bay

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit herba parseli

1 cawan keju cedar

Garam dan lada

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan susu, kiub ayam, daun bay dan masak sehingga susu sedikit mendidih.
  2. Lalu masukkan tepung dan kacau sehingga sos putih pekat. Ubahsuai rasa dengan garam dan lada. Kemudian ketepikan.
  3. Masukkan nasi kedalam acuan dan susun isi ikan di atasnya.
  4. Kemudian tuang sos putih dan taburkan keju dan herba parseli.
  5. Bakar pada suhu 170⁰C selama 30 minit.