SAMOSA KARI IKAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 peket kulit popia

Sedikit air untuk melekatkan kulit popia

2 biji kentang – potong dadu

100gm isi ikan goreng – racik

½ labu bawang besar – dadu

1 sudu besar serbuk kari

Sedikit daun ketumbar

Garam dan lada secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan pes kari, dan sedikit air.
  2. Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ikan dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup. Matikan api dan sejukkan.
  5. Untuk membuat kelongsong samosa, kulit popia potong kepada dua bahagian dan sambungkan atau gunakan air sebagai bahan pelekat kepada dua bahagian tadi secara memanjang. Masukkan inti dan lipat seperti biasa.
  6. Bakar selama 20 minit pada suhu 170⁰C.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan