BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun bayam
1 peket bebola ikan
1 kiub ikan bilis
3 biji bawang putih – ketuk kasar
Sedikit garam dan lada
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga sedikit kekuningan.
- Kemudian masukkan air dan biarkan sedikit mendidih.
- Masukkan bayam, kiub ikan bilis dan bebola ikan. Reneh sehingga masak.
- Ubahsuai rasa dengan garam dan lada mengikut citarasa anda.