BAHAN-BAHAN:
1 peket bebola ikan
1 cawan kicap pekat masin
¼ cawan gula perang
3 sudu besar cuka
Sedikit bijan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rebus bebola ikan sehingga masak dan ketepikan.
- Campurkan kicap, cuka dan gula dan masak sehingga pekat.
- Masukkan bebola ikan pastikan sos sebati dengan bebola ikan.
- Kemudian cucuk pada lidi dan taburkan sedikit bijan.