REBUS
Rebus telur sehingga air mendidih. Apabila sudah masak, biarkan telur dalam air panas 8 hingga 12 minit sebelum dialirkan dengan air sejuk.
SEPARUH MASAK
Rebus telur dalam masa 2 hingga 8 minit sahaja.
CARAK
Sama seperti telur separuh masak. Bezanya, ia dipecahkan terlebih dahulu dan direbuskan terus ke dalam air mendidih. Enak dibuat untuk sarapan pagi.
HANCUR
Telur hancur atau ‘scrambled egg’, hidangan enak untuk sarapan pagi. Telur akan dipukul dengan susu, taburkan garam, lada sulah atau lada hitam lalu dimasak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak sambil dikacau sehingga menjadi berketul-ketul.
DADAR
Hidangan telur yang sangat popular dan ringkas penyediaannya. Untuk lebih enak, telur dadar boleh dicampur dengan sedikit susu lalu dipukul sehingga sebati. Letakkan garam, hirisan bawang dan cili merah sudah cukup memadai sedapnya.

MATA KERBAU
Telur mata kerbau atau ‘sunny-side up egg’ digoreng dengan sedikit minyak/mentega atas api sederhana sehingga putihnya masak, tetapi kuningnya tidak masak secukupnya dan tidak pula pecah. Telur tidak diterbalikkan. Ia dimasak sebelah sahaja.
OVER EASY
Dimasak seperti telur mata kerbau, tetapi diterbalikkan apabila putihnya masak. Kuning telur biasanya pecah.

BAKAR
Pecahkan telur dalam bekas tahan panas, masukkan sos tomato, hirisan sayur, garam serta hirisan cili merah, lalu bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 200°C.

DROPPED
Pukul telur dan tuang perlahan-lahan dalam sup yang sedang mendidih sambil dikacau.

KUKUS
Pukul telur bersama sedikit air, minyak bijan, garam dan serbuk lada putih. Letakkan sedikit hirisan daun bawang dan kukus.
