BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan dori atau ikan merah
5 biji strawberi – dadu
100gm keju feta – dadu
10 biji buah zaitun
Garam dan lada
Daun ketumbar untuk hiasan
Sedikit minyak zaitun
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Lumurkan ikan dengan minyak zaitun, garam dan lada.
- Kemudian campurkan strawberi, keju feta, buah zaitun dan lumurkan diatas kepingan ikan dan bakar sehingga ikan masak selama 25 minit.
- Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.