BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
1 tin tuna di dalam minyak zaitun
10 biji tomato ceri
1 cawan keju cedar
Sedikit daun parseli kering
Sedikit lada hitam
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Susunkan tuna dan ceri tomato di atas roti.
- Taburkan keju, kemudian pasli dan lada hitam.
- Bakar kira-kira 10 minit sehingga keju garing.
- Boleh dihidangkan bersama sos cili.