BAHAN-BAHAN:
4 keping roti yang sudah dibakar garing
½ batang timun
5 biji tomato
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
BAHAN TUMIS DIKISAR HALUS:
10 tangkai cili kering (rendam dan buang biji)
1 cm belacan
300 gm isi ayam dihiris kiub
1/4 cawan air asam jawa
1 keping isi ikan tenggiri
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar.
- Kacau sentiasa dan biarkan hingga pecah minyak.
- Sesudah pecah minyak, masukkan ayam kacau dan biarkan hingga hampir masak.
- Kemudian masukkan air asam jawa lalu dikacau hingga rata.
- Masukkan garam dan gula, ubah suai ikut citarasa anda kemudian kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan, kacau seketika dan tutup api. Ubahsuai rasa mengikut citarasa anda.
- Sapukan sambal pada roti dan susun dengan timun dan tomato. Sedia untuk dihidangkan.