Syria yang berhadap dengan laut Jeble kaya dengan hasil laut. Walaupun masyarakat Syria lebih sinomin dengan masakan berkonsep daging dan ayam, mereka juga menggemari ikan.
Salah satu masakan berkonsep ikan yang popular di sana dinamakan samaka harra bermaksud ikan panggang cili. Biasanya mereka menggunakan ikan merah yang sedang dan proses membakar mengambil masa selama sejam.
Samaka Harra menggunakan tomato cincang, daun ketumbar, cili merah, jintan manis, lada hitam, minyak zaitun, bawang merah dan bawang putih, dan garam.Resipi dibawah menggunakan resipi asal, tetapi diubah cara penyediannya.
BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang putih
1 ½ sudu kecil garam
3 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
2 biji tomato masak
3 sudu besar pes tomato
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam
BAHAN B
Daun ketumbar
Ikan bawal/merah/siakap
Sedikit minyak zaitun/minyak masak biasa
CARA MENYEDIAKAN
- Kisar semua bahan.
- Tumis dengan minyak zaitun.
- Letakkan di atas dulang dan taburkan bahan tumis. Bakar selama setengah jam. Sebaiknya sewaktu dibakar ikan ini hendaklah dibungkus dengan daun pisang atau gulungan aluminium.
- Sewaktu menghidangkannya, taburkan daun ketumbar.