OLEH: NOR EZANAWATY SALIM

Anda peminat nasi ambeng, kacang pool, laksa joho ataupun mi bandung?.D’TimerCafé yang terletak di Plaza Wangsa Maju, di sini adalah tempatnya. Setiap juadah yang di hidangkan sememangnya sedap menepati cita rasa peminat makanan Johor. Banyak lagi menu yang di sediakan, apa kata hujung minggu ini anda sekeluarga ke sana. Pasti berpuas hati.

  • Di miliki oleh Azila Abu Kassim, 45.
  • Mula beroperasi pada Februari 2016.
  • Tema: Bila resipi tradisi bertemu kopi.
  • Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
  • D’TimerCafe yang bermaksud makanan yang disediakan sesuai untuk makan pagi, tengah hari hingga malam.
  • Menyediakan pelbagai sajian asli dari Johor, ini kerana hidangan yang di sediakan hasil resipi asli ibu dan bapanya yang berasal dari Johor.
  • Cafe ini di ilhamkan dari ayahnya, Abu Kassim Awang.
  • Antara signature di sini, laksa Johor, mi rebus, lontong darat, kacang pool, soto ayam dan nasi ambeng. Pastikan jika anda ke sini anda mencubanya, sekali cuba pasti nak lagi. Memang sedap !
  • Pes laksa Johor disediakan oleh ibunya, Zaleha Mohd Yusoff dan di masak di cafe oleh tukang masak.
  • Terdapat juga menu minum petang seperti roti bakar, roti jala dan karipap.
  • Karipap berintikan bawang dan telur berbentuk 4 segi ini di Johor dikenali sebagai epok-epok yang di buat sendiri oleh ibunya. Kuantitinya juga terhad setiap hari. Karipap panas ni sentiasa di nantikan oleh pelanggan.
  • Semua hidangan menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti yang disediakan setiap hari.
  • D’Timercafe boleh memuatkan hampir 55 orang dalam satu-satu masa.
  • Terdapat pelbagai jenis kopi yang menyegarkan untuk dinikmati.
  • Menu yang di tawarkan dari harga RM 1.20 hingga RM 17.50.

D’TimerCafe,

No 11, Jalan Maju Ria 2,

Blok B, Plaza Wangsa Maju. KualaLumpur.