BAHAN
5 keping pastri paf
1 kg daging lembu – bahagian sirloin
2 sudu besar minyak sapi
2 cawan bawang cincang
1 sudu besar gula
2 tangkai cili hijau – belah tengah
½ cawan air
BAHAN PERAPAN
1 sudu besar puri tomato
3 biji tomato -kisar
½ sudu besar cuka
1 sudu besar garam
¼ cawan halia – kisar
1 ½ sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk mustard
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk paprika
CARA
- Teknik tradisional untuk masak vindaloo, daging perlu diperap terlebih dahulu dengan ke semua bahan perapan selama 24 jam atau seharian.
- Sebelum menumis perlu asingkan dahulu daging dengan bahan perapan. Panaskan minyak sapi, tumis bawang dan cili hijau hingga layu masukkan daging, kacau hingga mesra.
- Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan bahan perapan semula ke dalam tumisan. Biar ia mereneh sehingga pekat.
- Masukkan gula, kacau hingga agak pekat dan kering. Padamkan api dan ketepikan.
- Ambil pastri paf dan dibuat lubang di bahagian tengah dan lekatkan bersama sekeping lagi paf pastri. Buat ikut saiz yang anda inginkan. Bakar dahulu paf sehingga kembang dan rangup.
- Setelah dibakar, isikan inti daging vindaloo di bahagian tengah paf. Bolehlah dihidangkan.