BAHAN A
500 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
110 gm gula
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar herba campur
1 sudu besar serbuk bawang putih
BAHAN B
1 biji telur
300 ml air sejuk
BAHAN C
60 gm mentega / marjerin
BAHAN SUP EKOR PEDAS
BAHAN
500 gm potongan ekor lembu – rebus sehingga lembut
1 liter air rebusan ekor lembu
4 sudu besar rempah sup tulang/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam -ketuk
5 tangkai cili padi- ketuk
½ sudu kecil serbuk cili
Gula dan garam
CARA
- Adun semua bahan A hingga sebati.
- Kemudian tambahkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
- Campurkan bahan C dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal.
- Tutup doh dengan plastik dan biarkan naik selama 50 hingga 60 minit atau saiz dua kali ganda.
- Gunakan jari, tekan bahagian tengah doh. Pastikandoh tidak boleh turun atau pun menurun apabila ditekan. Ini menandakan adunan telah bersedia untuk dijadikan roti atau ban.
- Bentukan bebola seberat 40 gm, dan bentukan bebola kecil untuk diletak di atas doh.Bakar pada suhu 200⁰C selama 15 minit.
- SUP EKOR PEDAS : Rebus dan reneh ekor lembu sehingga lembut, masukkan ke semua bahan sekali.
- Reneh selama 1 jam menggunakan api sederhana, anda boleh tambah air sekiranya ia pekat. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.