BAHAN
3 biji epal merah – hiris halus
3 biji epal hijau – hiris halus
4 sudu besar jus lemon
½ cawan gula perang
3 sudu besar mentega
100 gm kepingan daging salai
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil kicap soya
Sedikit rosemari
½ ulas bawang merah – cincang
5 sudu besar jam strawberi
BAHAN ASAS DOH TAT
1 biji telur kuning
2 sudu besar air sejuk
1 1/4 cawan tepung gandum
½ cawan gula
¼ sudu kecil garam
120 gm mentega sejuk
Sedikit esen vanila
CARA
- UNTUK DOH TAT : Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, uli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.
- Bungkus dengan cling film , simpan dalam peti sejuk seharian sebelum digunakan.
- Panaskan gula perang sehingga mendidih. Masukkan serbuk kayu manis dan hirisan epal merah dan hijau. Gaul rata dan matikan api, sejukkan sebentar.
- Susun hirisan epal ini memanjang dan gulung sehingga menjadi bentuk bunga ros. Ketepikan.
- Ambil sedikit doh tat, tekan di dalam acuan. Bakar seketika di dalam ketuhar sehingga 80% masak selama lebih kurang 8 minit. Keluarkan dan ketepikan.
- Tumiskan kepingan daging salai bersama lada sulah, serbuk bawang putih dan bawang cincang sehingga garing.
- Masukkan bahan tumis ini ke dalam doh tat yang telah dibakar dan paipkan sedikit jam strawberi, masukkan epal ros . Taburkan sedikit gula perang dan perahan lemon jus.
- Bakar pada suhu 175⁰C selama 10 minit.