BAHAN A
500 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
110 gm gula
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 sudu yis segera
1 sudu kecil bread improver
BAHAN B
1 biji telur
300 ml air sejuk
BAHAN C
60 gm mentega / marjerin
BAHAN UDANG KAKIAGE
1 cawan tepung gandum
500 gm udang saiz kecil
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil stok ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA
- Adun ke semua bahan A. Kemudian tambah bahan B dan uli sehingga menghasilkan doh.
- Campurkan bahan C dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal.
- Tutup doh dengan plastik, biarkan ia naik selama 50-60 minit atau dua kali ganda saiznya.
- Gunakan jari, tekan dohdi bahagian tengah.Pastikan doh tidak akan turun apabila ditekan. Ini menandakan adunan telah bersedia untuk dijadikan roti atau ban.
- Timbang setiap doh seberat 20 gm untuk mendapatkan 30 biji adunan. Adunan ini, akan dililit pada udang kakiage sebanyak 3 doh seperti ikat tocang.
- UDANG KAKIAGE : Satukan ke semua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair seperti cucur.
- Goreng sehingga kuning keemasan. Udang kakiage yang siap digoreng, disejukkan sebentar dan dililit dengan doh dan dipintal bersama.
- Bakar pada suhu 180⁰C selama 17 minit.