BAHAN-BAHAN:
250 gm krim putar
2 biji telur
60 gm gula halus
200 ml susu segar
15 gm serbuk gelatin
3 biji strawberi
CARA MENYEDIAKAN:
- Krim putar dipukul sehingga berkrim. Biarkan seketika.
- Kemudian gula dan telur dipukul rata dan sebati. Ketepikan.
- Susu segar dan serbuk gelatin hendaklah dipanaskan hingga mendidih, gaulkan rata.
- Seterusnya masukkan telur dan gula yang telah dipukul rata.
- Akhir sekali, masukkan krim putar dan gaul rata. Sejukkan.
- Hidangkan mengikut kreativiti anda bersama buah strawberi.