BAHAN A
250 gm biskut mudah hadam (digestive)
125 gm mentega tanpa garam
BAHAN B
200 ml yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon
BAHAN C
15 gm gelatin halal
100ml air panas
(campurkan air dengan gelatin, kacau dan sejukkan)
BAHAN D
½ tin buah pic – potong
HIASAN ATAS KEK
½ tin buah pic +1sudu besar gelatin + sedikit air buah pic + 1 sudu gula
CARA MENYEDIAKAN
- Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.
- Cairkan mentega. Tuangkan mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau sebati.
- Tekan adunan biskut ke dalam Loyang sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
- Pukul yogurt sehingga gebu dan ketepikan.
- Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas yang berisi yogurt dan sebatikan.
- Keluarkan adunan biskut dari peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim keju tadi di atas adunan biskut.
- Rata dan letakkan buah pic. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya hingga 3 jam.
- Buat hiasan atas kek dengan mencampurkan buah pic, guladan air. Masak atas api yang kecil.Apabila mendidih, masukkan gelatin. Setelah gelatin cair, tutup api dan sejukkan.
- Keluarkan adunan dari peti ais dan tuangkan diatasnya kemudian simpan dalam peti ais sekali lagi sebelum dihidangkan.