BAHAN A
125 gm biskut oreo hancur
60 gm mentega tanpa garam
BAHAN B
100 ml krim putar
125 gm krim keju
80 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon
BAHAN C
1 camca makan gelatin halal
50ml air panas (campurkan air dengan gelatin, kacau dan sejukkan)
BAHAN D
10 biji buah rambutan – buang biji
BAHAN HIASAN ATAS KEK:
5 biji buah rambutan + air +1 sudu mkn gelatin + sedikit air +2 sudu besar gula
CARA MENYEDIAKAN
- Biskut oreo hancur dikacau bersama mentega hingga sebati.
- Tekan adunan biskut ke dalam acuan sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit untuk mengeraskannya.
- Pukul krim putar sehingga kembang dan gebu. Ketepikan.
- Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan pemukul.
- Keluarkan adunan biskut dalam peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim keju tadi ke atas adunan biskut. Ratakan dan letakkan buah rambutan. Tuangkan baki adunan krim putar di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya selama 3 jam.
- Untuk bahan hiasan kita campurkan buah rambutan, gula dan air. Masak atas api yang kecil. Apabila mendidih, masukkan gelatin. Setelah gelatin cair, tutup api. Sejukkan.
- Keluarkan adunan dari peti ais dan tuangkan bahan hiasan di atasnya. Simpan dalam peti ais sekali lagi sebelum dihidangkan.