BAHAN
200 gm gula kastor
100 gm mentega
300 gm tepung gandum
2 biji telur
½ tin susu cair
100 gm betik muda – parut
Sedikit garam
½ sudu kecil serbuk penaik
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam dalam satu bekas. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, kacau gula dan mentega hingga sebati.
- Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
- Masukkan campuran tepung dan susu cair secara berselang-seli dalam adunan gula, mentega dan telur. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Masukkan betik parut dalam adunan dan kacau rata.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 hingga 25 minit.