BAHAN-BAHAN
2 2/3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam
1 cawan susu segar
200 gm tembikai – kisar tanpa air dan tapis
½ cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
150 gm cip coklat
2 biji telur
Cara menyediakan:
- Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam. Ketepikan
- Dalam bekas berasingan, pukul susu, air tembikai, minyak, telur dan esen vanilla menggunakan pengadun dengan kelajuan sederhana.
- Setelah itu, masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan susu sehingga habis. Kacau rata sehingga adunan sebati.
- Masukkan cip coklat ke dalam adunan dan kacau rata.
- Tuang ke dalam acuan kek cawan dan bakar selama 20 hingga 23 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.