RENEHAN KETING KAMBING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN UTAMA:

1 kg lamb shank (4-5 ketul daging keting)

 

BAHAN RENEH:

500 gm puri tomato

500 gm tomato yang telah dikisar

200 gm sos perang

Sedikit rosemary dan daun bay

Sedikit lada hitam – kisar

40gm english mustard

Garam secukup rasa

2 liter air rebusan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lamb shank diperap dengan lada hitam yang telah dikisar, serbuk paprika dan mirepoix bersama sedikit tepung gandum. Panaskan di atas periuk sekadar memberi warna kepada daging tersebut.
  2. Untuk menyediakan bahan reneh, panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak zaitun.
  3. Kemudian masukkan semua bahan di atas.
  4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan daging tadi dan renehkan selama 90minit.
  5. Anda akan dapati bahan renehan tadi akan memekat dan daging kambing menjadi semakin lembut.
  6. Asingkan lamb shank tersebut daripada bahan renehan untuk memekatkannya supaya dijadikan sos.
  7. Sedia dihidangkan bersama-sama kentang lenyek ataupun roti.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan