BAHAN-BAHAN:
3 biji putih telur
175 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil tepung jagung
BAHAN FILLING:
200 gm krim putar
3 biji strawberi
1 biji kiwi
3 biji buah anggur
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan gula halus dan tepung jagung. Pukul sebati.
- Masukkan adunan di dalam beg piping dan apipkan menggunakan nozel berbentuk bintang.
- Paipkan di atas dulang pembakar , bentukkan leper dahulu. Kemudian baru papip di bahagian tepi bentukkan bulat supaya ada ruang di bahagian tengah untuk letakkan filling.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 100°C selama 60 minit.
- Apabila sudah masak, keluarkan dan sejukkan.
- Hiaskan krim putar, buah strawberi, kiwi dan anggur mengikut kreativiti anda.