BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk labu – mayang halus
1 ikat pucuk kaduk – mayang halus
1 ikat daun kunyit – mayang halus
1 ikat pucuk ubi – mayang halus
100 gm tempoyak
2 batang serai – hiris
10 tangkai cili padi – kisar
3 papan petai – belah dua
100 gm ikan bilis
250 ml santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan ke semua pucuk labu, pucuk kaduk, daun kunyit dan pucuk ubi yang telah dimayang di dalam mangkuk. Ketepikan.
- Masukkan santan, serai dan cili padi di dalam periuk. Jerang di atas api sederhana. Kacau perlahan-lahan.
- Masukkan ikan bilis dan serbuk kunyit . Sebatikan dan perlahan-lahan dikacau.
- Kemudian masukkan dedaun yang telah dimayang tadi. Apabila hampir kering, masukkan tempoyak dan garam secukup rasa.