BAHAN:
300 gm pegaga yang telah dibersihkan dan dipotong dalam ukuran 1 inci.
½ biji kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
½ cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah
3 helai daun cekor
3 cm isi cekor
1 helai daun kunyit
50 gm udang kering- sangai
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA:
- Kisar cili bersama kunyit, masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering. Isi cekor ditumbuk.
- Panaskan minyak. Keluarkan kesemua yang telah dimesin tadi dan tumiskan hingga naik minyak.
- Kemudian masukkan kelapa parut dan isi cekor yang ditumbuk di kacau hingga sebati dan kering.
- Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan daun cekor, daun kunyit dan pegaga. Kacau rata dan angkat. Jangan sampai layu.