BAHAN:

100 gm cili hijau besar

30 gm cili padi hijau (untuk lebih pedas)

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 biji tomato hijau

1/2 sudu kecil air limau nipis ( ikut suka masamnya)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

 

CARA:

  1. Potong kasar cili hijau, cili padi dan tomato.
  2. Kemudian kukus cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih lebih kurang 5 minit. Angkat.
  3. Jika sudah layu, tumbuk bahan diatas secara kasar.
  4. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan bau. Masukkan garam dan akhir sekali air limau nipis, kacau rata.